Pertama sekali, saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada FAME International Skills Academy atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu di institusi ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Madam Khairunissa atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh dua tahun dalam bidang Pentadbiran Pejabat, yang telah meningkatkan keyakinan saya dalam menjalani kerjaya saya kini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FAME International Skills Academy atas kemudahan yang disediakan termasuk pinjaman PTPK untuk elaun sara hidup, elaun komputer riba, elaun pengangkutan serta pembuayaan pnjiaman penuh bagi yuran pengajian sepanjang tempoh dua tahun saya berada di sini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada J&T Bintulu kerana memberi peluang kepada saya untuk mejadi sebahgian daripada pasukan mereka, sekaligus memberikan pengalaman baru kepada saya